Sabtu, 4 Julai 2009.

Sekali lagi Unit Amal Bakri terus berada dipersada dalam kerja-kerja kemasyarakatan dengan aktiviti rewang yang diadakan di Jalan Salleh, Muar. Seramai 12 orang telah menyertai aktiviti rewang ini bermula seawal 11.00pagi hingga 4.00petang. Alhamdulillah, dengan izin Allah, aktiviti rewang kali ini akhirnya dapat juga dilakar beberapa foto untuk tatapan “peminat-peminat” setia Unit Amal Bakri di seluruh dunia.

Sedia Air Minum

Anggota Unit Amal membantu menyediakan minuman kepada para jemputan.

Basuh Pinggan

Aktiviti di belakang lebih “hangat” dan ramai.

1Team

Inilah yang dikatakan 1Team, atau 1Unit. Bukan 1Malaysia yang kabur itu!

Sekian,

Beramal kerana Allah.

Rewang sambil beramal

June 2, 2009

Minggu pertama Jun 2008 bermulalah musim cuti sekolah. Sebenarnya musim cuti sekolah ini juga sangat terkenal dengan panggilan ‘musim mengawan’ kerana pada waktu inilah aktiviti kerja kawin (walimatulurus) diadakan bersesuaian dengan ramainya ahli keluarga bersama.

Alhamdulillah, bagi anggota-anggota Unit Amal Bakri, peluang untuk beramal tidak dilepaskan, 2 jemputan rewang telah disertai masing-masing di Jalan Bendahara, Kampung Kelantan dan Jalan Ismail, Bakariah, Muar. Lebih daripada 10 orang anggota Unit Amal berkhidmat untuk kedua-dua majlis tersebut yang diadakan pada hari sabtu, 30hb Jun dan 31hb Jun 2009.

Penyertaan Unit Amal dalam aktiviti seumpamanya sedikit sebanyak mempromosikan sikap sukarelawan di kalangan pemuda dan remaja dalam penglibatan kemasyarakatan. InsyaAllah, berkat usaha dan keikhlasan yang tersemat di dada-dada sukarelawan kita, Islam akan lebih dapat dikenali dan dihormati, dan menjadi satu saham yang berharga di akhirat kelak.

~ Beramal kerana Allah.

Alhamdulillah, dengan izin Allah, Temasya Sukan Pasti Kawasan Bakri 2009 telahpun diadakan pada 24hb Mei yang lalu dengan penyertaan semua Pasti-pasti kawasan dengan dibahagikan kepada 4 kumpulan mengikut warna. Antara aktiviti yang diadakan ialah bola sepak dan bola jaring.

Tidak lupa aktiviti sukaneka untuk murid-murid Pasti yang lain dan yang menarik ialah sukan untuk ibu bapa iaitu boling kelapa dan kerusi berirama. Sambutan daripada keluarga murid-murid Pasti amat menggalakkan dan jelas terpancar di wajah para ibu bapa bahawa Pasti mempunyai kemampuan mendidik anak-anak dengan baik dan cemerlang dengan turut menitikberatkan aktiviti rekriasi dan kekeluargaan.

Untuk program tersebut, seramai 8 orang petugas Unit Amal bertindak untuk kerja-kerja teknikal dan keselamatan. Kehadiran Unit Amal serba sedikit memberi satu promosi aktiviti sukarelawan yang wujud dalam kawasan Bakri ini yang memberi satu gambaran positif kepada masyarakat setempat.

Di samping itu, tidak dipinggirkan, ruang rehat dan makan-makan untuk sukarelawan kita.

~ Marilah beramal.

Lebih kurang jam 9.00 malam, 2hb Mei 2009, acara pemeriksaan perbarisan oleh Ketua Pemuda PAS Pusat, YB Salahuddin Ayub telah diadakan. Pemeriksaan perbarisan ini merupakan acara bersempena pembukaan & perasmian Muktamar Dewan Pemuda PAS Negeri Johor kali ke-37 yang bertempat di Palm Villa Resort, Kulai.

Perbarisan disertai lebih kurang 50 orang anggota Unit Amal Malaysia dari pelbagai kawasan sekitar Johor. Unit Amal daripada kawasan Bakri telah menghantar seramai 5 orang anggota untuk perbarisan tersebut termasuk Penyelaras yang baru.

Muktamar DPPNJ Ke-37

Pendedahan dan penyertaan sebegini dapat mendedahkan Unit Amal untuk lebih mengenali anggota seperjuangan di lain-lain tempat di samping bertukar-tukar maklumat dan pendedahan aktiviti di kawasan masing-masing.

Sementara itu, pada Ahad 3hb Mei 2009, seramai 10 anggota Unit Amal Bakri telah menyumbang bakti melalui aktiviti rewang sempena kenduri perkahwinan keluarga Al-Hedrah yang bertempat di Jalan Salleh, Muar. Aktiviti rewang yang bermula seawal 11 pagi itu berakhir lebih kurang jam 4 petang. Alhamdulillah, dengan berkat dan izin Allah, kedua-dua aktiviti yang dijalankan berjalan lancar.

Sekian.

Pra Kata

May 9, 2009

Laman rasmi Unit Amal Bakri masih dalam pembinaan. Walaubagaimanapun, tunjuk cara, pandangan dan kritikan dialu-alukan, asalkan apa yang diusahakan ini memberi manfaat kepada ramai orang.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.