Lebih kurang jam 9.00 malam, 2hb Mei 2009, acara pemeriksaan perbarisan oleh Ketua Pemuda PAS Pusat, YB Salahuddin Ayub telah diadakan. Pemeriksaan perbarisan ini merupakan acara bersempena pembukaan & perasmian Muktamar Dewan Pemuda PAS Negeri Johor kali ke-37 yang bertempat di Palm Villa Resort, Kulai.

Perbarisan disertai lebih kurang 50 orang anggota Unit Amal Malaysia dari pelbagai kawasan sekitar Johor. Unit Amal daripada kawasan Bakri telah menghantar seramai 5 orang anggota untuk perbarisan tersebut termasuk Penyelaras yang baru.

Muktamar DPPNJ Ke-37

Pendedahan dan penyertaan sebegini dapat mendedahkan Unit Amal untuk lebih mengenali anggota seperjuangan di lain-lain tempat di samping bertukar-tukar maklumat dan pendedahan aktiviti di kawasan masing-masing.

Sementara itu, pada Ahad 3hb Mei 2009, seramai 10 anggota Unit Amal Bakri telah menyumbang bakti melalui aktiviti rewang sempena kenduri perkahwinan keluarga Al-Hedrah yang bertempat di Jalan Salleh, Muar. Aktiviti rewang yang bermula seawal 11 pagi itu berakhir lebih kurang jam 4 petang. Alhamdulillah, dengan berkat dan izin Allah, kedua-dua aktiviti yang dijalankan berjalan lancar.

Sekian.

Advertisements